http://adhadi.com/fotografi/2012/01/27/pertanyaan-tentang-penetapan-harga-pakej-fotografi/
Pertanyaan tentang penetapan harga pakej fotografi
Baru baru ini ada teman facebook menanyakan satu soalan yang baik tentang pakej fotografi. Disini saya mahu kongsi soalan dan jawapan tersebut untuk pengetahuan kita bersama.
Salam semua…nk tnya jap..Ok tak kalau kita Caj utk Wedding katalah kan kos utk cuci gmbar rm250…pstu kita caj kt pngantin rm500…maknanya kita ambik untung rm250…kiqa cekik darah x tuh?…1st time nak wat wedding…
Jawapan saya :
Tidak. Kos awak macam ini
1. Kos Album + Print = RM250
2. Kos PERJAM anda Bekerja, SHooting dan Editing (Kerja McDonald RM4.50 Sejam), anda mungkin RM100.00 sejam (anda skilled worker, bukan goreng ayam)
3. Kos Kamera dan peralatan, Komputer, Lesen windows, photoshop (dalam 2 tahun anda gunakan untuk kerja, anda perlu ganti kerosakan atau upgrade), mungkin RM100.00
4. Kos Perjalanan , mungkin RM50 dsb
5. KOS MARKETING, Banner, bunting, buat name card, website , per project mesti ada sikit, let say tetapkan kat RM50.00
Dari total di atas, katakan RM800…
Markup sikit, let say 20-30%, so jadi dalam RM1000
Untuk SContigencies/Masuk seminar untuk upgrade skill/Beli Buku/Etc///
Then markup lagi 20-30% untuk simpanan company.. simpanan dihari tua
kena ingat RM250 untuk album tu dah masuk kat tokei album.
then katakan anda caj 100 sejam, kerja 4 jam, Anda cuma dapat RM400 utk 4 jam.
Awak jumpa customer 4-5 kali, sekali pergi duit minyak dah kena RM20-30… tol rm10.
5 kali jumpa dah kena RM200.00
belen RM200 untuk anda. Sebab tu perjalanan kena kira lain.
Kalau anda caj 1000, tapi tak ada customer nak melanggan anda, then kena tengok tengok karya orang lain yang berharga RM1000, jadikan karya kita sehebat dia (praktis banyak), dan kemudian buat marketing betul betul sampai ada customer sanggup bayar harga tu
Subscribe to:
Posts (Atom)